Sunday, January 23, 2011

ALHAMDULILLAH :)

SALAH SATU PETANDA UMAT AKHIR ZAMAN

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".



H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.



Assalamualaikum. y atas sbgai renungan bersama sahaja. semoga kita ditempatkan bersama-sama org beriman dan dijauhi dari fitnah DAJJAL. aku nak cite satu je. ak rase bersyukur sgt bile dpt tgk kawan2 ak sume dah berniat nak jadik baik. i mean, sebelom ni dorg bukan la jahat sgt. tp just nakal je kott. nak wat cmane la kan. ak pon gitu gak dulu. budak2 nak baru nak UP la kan. hahaha. *gelak dorg2 pon boley ah. ALHAMDULILLAH ! ak rase seronok sgt kot. woot.woot. ak pon ade gak niat tuu, da lame dahh. tp la kan, ak bukan jadik lagi baik, tapi lagi jahat ! wohh. ak pon seram, solat ak tunggang langgang tah kemana. so, NOW ! ak nak jage solat ak okeyy. semoge tak telambat sgt ak nak jadik baik sikit nehh. *korg jgn la nk gelakkan ak. walaupon ramai org igt ak ni baik sgt. tak wat macam mend y tak manis. tapi aku rase ak ni sgt2 la terok. ayoyo. mungkin sebab kisah silam ak ? wooh.. tanok ah ak igt. balik. biar org y tahu itu tahu dan bile dah taw tuu. tolong simpan  sikit aib ak ehhh ? korg penah denga kan ? sape2 y tlg jage aib org dgn baik, maka ALLAH akan menutup aibnya semasa diakhirat kelak :) igt tuu. tp kalo dah korg nak cite jugak aib aku, apekan daye. mulut seniri bole la kite nak tutup. tapi mulut org ? *pikir seniri okeh ? hari ini ak rase besalah kat mrs.ym ni sebab ak tak ym lgsg ngan dye rini. sbb ak dah tetido kerana kepenatan y teramat sgt pada hari ini. soryyy. tak dpt nk kotakan janji smlm. adesss. ok. FULLSTOP ! 

+mon+

4 comments:

messyme said...

aigoo.....
its oke la you.......
btw, nice entry.. luv it..!
alhamdulillah.....=)

monkawanmoi said...

hehehe. yeah !
bace okeyy ? :)
btw, sori again !

dentist-to-be said...

hee...
yg lame jadikan teladan..
'sesungguhnya semua anak Adam melakukan maksiat dan sebaik-baik pelaku maksiat adalah yang orang-orang yang bertaubat'. - Hadith -

monkawanmoi said...

baik :)

Post a Comment