Wednesday, February 9, 2011

10 pesanan org bercinta :)

Ini adalah nasihat -nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1) Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2)Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ''si dia '' bukan jodoh untukmu.

3) Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ''si dia''.

4) Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5) Kebahagian yang kau lihat sebelum berkahwin hanyalah palsu. Yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6)Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7) Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ''berdating'', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu engkau tahu.

8) Bercintalah untuk mencapai cintaNya.

9) Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk  bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa ke gerbang perkahwinan.


10) Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu.

0 comments:

Post a Comment


one line Pictures, Images and Photos